Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

Penyalur Aspirasi Mahasiswa


Kedai Online


YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kedua berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau merupakan Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin ini adalah mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang dikosongkan Mantan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Haji Ismail bin Haji Bakar setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mei 2008.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, 56 tahun, merupakan anak kelahiran Johor yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2005. Beliau memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Fizik Keadaan Pepejal dari Imperial College, London.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini dipangku oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof. Dr. Hashim bin Saim.

0 comments: