Jawatankuasa Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail

Penyalur Aspirasi Mahasiswa


Kedai Online


YBhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkuatkuasa 6 Februari 2009. Beliau sebelum ini merupakan Profesor di Fakulti Pengurusan & Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelantikan YBhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed ini adalah bagi mengisi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM yang sebelum ini disandang oleh YBhg. Prof. Dr. Hashim bin Saim, yang telah tamat tempoh lantikannya.

YBhg. Prof. Dr. Rugayah binti Mohamed, 53 tahun, memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Development & Project Planning Centre, University of Bradford, England pada tahun 1991. Sebelum menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) di UTHM, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor/Ketua Jabatan Analytical Economics, Faculty of Economics and Administration, Universiti Malaya dari tahun 1997 hingga Julai 1998. Beliau kemudiannya menyambung perkhidmatan di UTM mulai Ogos 1998 hingga 2003 sebagai Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa dan sebagai Profesor di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM.

TAHNIAH diucapkan di atas pelantikan YBhg. Prof. daripada kami, seluruh warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.